Penyebab sakit perut yang biasa terjadi di kalangan orang dewasa adalah penyakit gastrik @ gastritis. Apakah gastritis? Bagaimana seseorang boleh mengidap sakit gastritis? Adakah penyakit ini berbahaya? Apakah langkah yang perlu di ambil bagi mengelakkan penyakit ini? Itu mungkin persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seseorang apabila dimaklumkan oleh doktor punca sakit perut yang dihadapi olehnya adalah gastik.
Apakah gastritis?
Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis:
(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah
Adakah penyakit ini berbahaya?
Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.
Apakah punca penyakit gastritis /penyakit gastrik
Antara punca penyakit gastritis adalah:
(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal
(b) Tekanan/stress
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
(e) Merokok
Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.
Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis.
Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.
Apakah langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik @ gastritis
1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.
2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan.
3. Elakkan tekanan. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi saya bagi mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada.
4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda.
Jika saya telah mengidap penyakit gastric apa yang perlu saya buat?
1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok
Apakah penyakit ini boleh dirawat
Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMAadalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini. Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
Semoga informasi ini bermanafaat untuk semua.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Sms/whatsapp: 0133206135 (fazman)
SID: 1144720
FB page: Vitamin Semulajadi
No comments:
Post a Comment